BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, May 28, 2013

Majlis Perkahwinan Nurul Fatin & Ahmad Fazmie di Kampung Tangga Batu, Sungai Udang, Melaka



Antara video yang sempat di rakam sepanjang segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ini...jom kita saksikan bakat-bakat mereka...

Majlis Malam Berinai Siti Balkis & Shapuan (Andaman Balqis) di Kg Pengkalan Badak, Bukit Katil, Melaka



Pada majlis kali ini kami sekadar beraksi pada sebelah malam sahaja...keesokan harinya pula hadirin dihiburkan dengan persembahan Ghazal...walau bagaimana pun sepanjang segmen karaoke malam ini tetap terhibur dengan aksi-aksi dan bakat-bakat yang dipamerkan oleh rakan-rakan pengantin perempuan...hehehe

Tuesday, May 21, 2013

Majlis Makan Malam Anjuran Celcom (M) Sdn Bhd di Philea Resort, Ayer Keroh, Melaka



Kali ini kami menampilkan aksi-aksi para hadirin yang turut serta memeriahkan segmen karaoke kami sepanjang Majlis Makan Malam anjuran Celcom (M) Sdn Bhd di Philea Resort, Ayer Keroh, Melaka...dengan tema WILD WILD WEST (ala-ala cowboy gitu)...jom kita saksikan...kipidapppp

Tuesday, May 7, 2013

Majlis Perkahwinan Mohd Khairi & Nor Sazwani di Permatang Serai, Merlimau, Melaka


Antara ahli keluarga yang turut memeriahkan segmen karaoke kami pada majlis kali ini....anyway "Selamat Pengantin Baru" diucapkan kepada Khairi & Wani...semoga ikatan yang terjalin akan kekal hingga ke akhirnya...
*Nota : Kelakar pula aku tengok Mr Rizal (technician) yang tampil dengan imej botak...bayar nazar ke bro? Ekekeke....

Monday, April 22, 2013

Majlis Makan Malam Anjuran Syarikat Petronas Di Philea Resort, Ayer Keroh, Melaka


Cuba korang dengar Pak Arab ni nyanyi...best kan suara dia? Yang confiusnya suara Pak Arab ni tetap clear walaupun dia pegang microfon tu jauh dari mulut...hahaha...sebenarnya Pak Arab ni sekadar "miming" je...tapi kalau dia nak miming skalipun buat le betul-betul...kan? kan? kan?...jangan le sampai orang tahu... ekekeke

Tuesday, April 16, 2013

Majlis Perkahwinan Salasiah & Muhd Azmee di Kampung Parit Perawas, Sungai Rambai, Melaka



Antara aksi-aksi para tetamu yang turut sama memeriahkan segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ini...untuk makluman abang yang pakai kemeja REPSOL tu pastinya akan turut serta dalam segmen karaoke setiap kali kami bersiaran di kawasan ini...hehehe...terbaekkk

Wednesday, April 10, 2013

Majlis Perkahwinan Khairul Di Jalan Permatang Kempas, Johor Bahru, Johor Darul Takzim


Banyak-banyak video yang kitorang sempat rakam cuma video ini yang kitorang upload kali ni...ada sebabnya...coz menurut ahli keluarganya inilah kali pertama diorang tengok "pakcik" ni (walaupun nampak muda) berkaraoke...dahlah first time karaoke...dia bawa pula lagu Exists...memang gerek sehhh...

Tuesday, April 9, 2013

Majlis Perkahwinan Nabilah & Emi Shahril Akmal Di Kg Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka



Segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ni sangat meriah...tak puas dengan sesi karaoke sepanjang majlis berlangsung...bersambung pula di sebelah malamnya...ramai yang agak berbakat termasuklah ayah pengantin (En. Rahman)...hehehe

Tuesday, April 2, 2013

Majlis Perkahwinan Mas Sila (Anakanda En. Md Res & Pn. Zaiton) Di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka


Segmen karaoke pada kali ini memaparkan persembahan dari salah seorang ahli keluarga yang turut menghiburkan para tetamu....jom layannnn...

Tuesday, March 26, 2013

Majlis Perkahwinan Sitti Fatimah & Megat Shafiqul Atras di Kg Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka



Antara mereka yang berbakat sepanjang segmen karaoke suka-suka bersama kami ketika bersiaran di Kg Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka...ada beran? Jom ar...hehehe

Tuesday, March 19, 2013

Program Santai Bersama Pelajar Kolej Yayasan Melaka Di Laman Belia Sungai Rambai, Melaka



Berikut adalah antara aksi-aksi dari pelajar Kolej Yayasan Melaka yang turut sama di dalam segmen karaoke semasa Program Lawatan Sambil Belajar di Laman Belia Sungai Rambai, Melaka

Thursday, February 28, 2013

Aksi Peserta Delegasi Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa di Homestay Parit Penghulu, Sg Rambai, Melaka


Tergelak aku bila tengok video ni yang memaparkan aksi GANGNAM STYLE oleh salah seorang peserta delegasi dari Korea (lupa pulak nama dia)...dah memang lagu ni dari negara asalnya so tengok jelah sendiri aksi beliau...check it out yo...hehehe


Inilah aksi peserta dari luar negara (Marie-Kanada) yang telah menghiburkan semua hadirin dengan mendendangkan lagu dari Siti Nurhaliza...cun woo awek mat saleh ni...jom kita saksikan bakat mereka...dah nama pun peserta pidato Bahasa Melayu Antarabangsa...so memang tak dengar sangat pelat Inggerisnya...zasssssss

Wednesday, February 6, 2013

Majlis Perkahwinan Mohd Shahir & Aimi Mastura di Kg Parit Jarum, Bukit Gambir, Muar, Johor


Berikut antara aksi dari salah seorang tetamu di dalam segmen karaoke bersama kami ketika bersiaran di Kg Parit Jarum, Bukit Gambir, Muar, Johor...jom kita lihat klon Alleycats ni...kipidappp...hehehe

Friday, November 23, 2012

Majlis Perkahwinan Siti Musfirah Di Tangga Batu Pekan, Tanjung Kling, Melaka


Inilah tetamu khas yang diminta oleh tuan rumah untuk menghiburkan para tetamu yang hadir...abang ni sering dijemput untuk menyanyi di majlis-majlis perkahwinan di sini...bila beliau dah dapat cordless jenuh pulak kitorang nak cari dia...hehehe...


Ini pula wajah anak saudara kepada pengantin perempuan...beliau pun turut menceriakan segmen karaoke dengan lagu "Gadis Dan Bunga"...pantang diajak menyanyi mesti dia nak punye...hahaha 

 

Hehehe...yang ni pula namanya Linda...salah seorang kakak kepada pengantin perempuan...sebenarnya beliau minat menyanyi lagu berentak dangdut tapi kitorang tak sempat rakam...so lagu ni pun jadilah...hikhikhik

Wednesday, November 21, 2012

Majlis Perkahwinan Di Rumah En. Ilyas, Kg Gelugor, Sungai Mati, Muar, Johor


Agak2 korang yang tengah menyanyi ni lelaki ke perempuan? Hehehe...sebenarnya abang yang menyanyi adalah lelaki sejati (jangan salah anggap pula)...tapi dia boleh ubah suara kepada suara perempuan...katanya cukup lama dia training nak buat suara macam ni...ramai yang kagum dengan kebolehan beliau...ekekeke


Antara orang-orang lama yang berbakat dan sudi bersama dengan kami di dalam segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ini...

Monday, November 19, 2012

Majlis Perkahwinan Mohd Mussa Di Kg Tanah Merah Jaya, Tangga Batu, Melaka


Abang jaga ni memang berbakat...patut le suaranya best sebab beliau selalu masuk pertandingan nyanyian...korang ada? hehehe


Video ni kitorang rakam sebab kitorang memang layan tengok mamat ni time dia nyanyi...penuh gaya dan selambe je orangnya...hahaha...layannnn


Inilah wajah mak andam yang turut serta memeriahkan segmen karaoke kami...dah banyak kali kitorang suruh dia nyanyi tapi dia asyik mengelak je...last-last dia pun terjebak sekali...ekekeke


Thursday, November 15, 2012

Majlis Perkahwinan Suraya & Fairuz Di Taman Seri Rambai, Sungai Rambai, Melaka



Untuk segmen karaoke kitorang pada majlis perkahwinan kali ni artis perempuan lebih ramai dari artis lelaki...satu kejayaan untuk golongan wanita...hahaha...kipidappp yo!!

Wednesday, November 14, 2012

Segmen Karaoke Sepanjang Majlis Perkahwinan Di Kesang Laut, Muar, Johor



Antara wajah-wajah yang menghiasi segmen karaoke kami pada kali ini...kalau korang berani mai la join kitorang...hehehe... :)

Tuesday, November 13, 2012

Majlis Perkahwinan Siti Suzylah & Ahmad Hilmi Di Air Hitam, Muar, Johor


 

Inilah tetamu "istimewa" yang turut memeriahkan segmen karaoke kami...cuba korang perhatikan muka kedua-dua abang ni...sama kan?? Mungkin tak perasan coz video yang kat atas tu dirakam agak jauh...Sebenarnya mereka berdua ni adalah pasangan kembar seiras...kitorang pun dah lupa yang mana satu abang dan yang mana satu adik...hehehe...cekidottt

Wednesday, November 7, 2012

Penampilan Khas Misha Omar Di Majlis Perkahwinan Saudara Beliau Di Dewan MIS, Tengkera, Melaka


 

Ok guys...untuk post kali ini kitorg upload 2 video khas persembahan Misha Omar yang secara kebetulan hadir di majlis perkahwinan saudara beliau ini...video di atas memaparkan persembahan duet di antara Misha Omar bersama salah seorang sepupunya semasa segmen karaoke kami...

 

Yang ini pula video persembahan khas secara solo oleh Misha Omar yang sudi memenuhi permintaan para peminat beliau yang hadir...memang kitorang respect sikap beliau yang peramah dan sentiasa melayan kerenah peminat beliau...cayalah Misha Omar!!

 

Korang mesti tertanya-tanya siapakah pula yang sedang menyanyi ni kan? Sebenarnya video ni kitorang saja je upload coz video ini merupakan video yang terakhir kitorang rakam sebelum kitorang menutup tirai tugasan pada majlis kali ini...

Friday, November 2, 2012

Persembahan Artis Kanak-Kanak Di Majlis Perkahwinan Masazween & Mohd Asyraff, Rumah Awam Bertam Hulu, Melaka




Untuk post kali ini kitorg nak paparkan video persembahan karaoke oleh 2 artis kanak-kanak yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis perkahwinan Masazween & Mohd Asyraff...jom kita saksikan persembahan mereka berdua...kipidap yo...hehehe

Thursday, October 25, 2012

Majlis Perkahwinan Murni / Fitri Di Pantai Belimbing, Durian Tunggal, Melaka


Haaa...inilah video yang saya tertunggu-tunggu...video yang memaparkan gelagat ayah pengantin (En. Raseat) yang sedang menghiburkan para tetamu dengan lagu "Perigi Biru"...


Yang ni pula merupakan "orang kuat" pengantin yang turut sama menghiburkan para tetamu di dalam segmen karaoke kami...layan dangdut le pulakkk...hehehe

 

Video yang terakhir ini memaparkan gelagat salah seorang ahli keluarga yang tengah layan lagu "Che Ainon Janda Muda"...hehehe...kali ni kita layan irama 60-an pulak ye...cekidotttt

Monday, October 22, 2012

Majlis Perkahwinan Zahari & Norkhafizah di Parit Besar Bagan, Batu Pahat, Johor




Haaa...berjumpa lagi kita di majlis kali ini...tempohari kat Semerah BP...dan kali ini di Parit Besar Bagan Mukim 2 BP pula...kalau function kat Semerah kitorang tak sempat rakam video karaoke tapi disini pula inilah hasilnya...so tengoklah video yang kitorang sempat rakam ni yek...smile always... :)

Tuesday, October 16, 2012

Majlis Makan Malam Fiberail Sdn Bhd di Mahkota Hotel, Melaka



 

Inilah wajah-wajah tetamu yang turut memeriahkan majlis makan malam pada kali ini...majlis yang diadakan bagi meraikan pelanggan dan kakitangan syarikat...layan juga kitorg kat sini coz ramai yang agak berbakat....pewwiiitttt....hehehe

Friday, October 12, 2012

Majlis Perkahwinan Radhiatul Akmar & Mohd Farid di Parit Bunga, Muar, Johor


Antara ahli keluarga pengantin yang paling ngetop...jom sama-sama kita saksikan bakat beliau...


Bro ni memang steadyy...nyanyi lagu sambil duduk je...siap tarik lagiii...cayalah lu bro...hehehe


Dan inilah wajah pasangan raja sehari kita pada majlis kali ni...Radhiatul Akmar & Mohd Farid tengah layan lagu "Pandang Pandang Jeling Jeling"...cekidottt...