BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, November 23, 2012

Majlis Perkahwinan Siti Musfirah Di Tangga Batu Pekan, Tanjung Kling, Melaka


Inilah tetamu khas yang diminta oleh tuan rumah untuk menghiburkan para tetamu yang hadir...abang ni sering dijemput untuk menyanyi di majlis-majlis perkahwinan di sini...bila beliau dah dapat cordless jenuh pulak kitorang nak cari dia...hehehe...


Ini pula wajah anak saudara kepada pengantin perempuan...beliau pun turut menceriakan segmen karaoke dengan lagu "Gadis Dan Bunga"...pantang diajak menyanyi mesti dia nak punye...hahaha 

 

Hehehe...yang ni pula namanya Linda...salah seorang kakak kepada pengantin perempuan...sebenarnya beliau minat menyanyi lagu berentak dangdut tapi kitorang tak sempat rakam...so lagu ni pun jadilah...hikhikhik

Wednesday, November 21, 2012

Majlis Perkahwinan Di Rumah En. Ilyas, Kg Gelugor, Sungai Mati, Muar, Johor


Agak2 korang yang tengah menyanyi ni lelaki ke perempuan? Hehehe...sebenarnya abang yang menyanyi adalah lelaki sejati (jangan salah anggap pula)...tapi dia boleh ubah suara kepada suara perempuan...katanya cukup lama dia training nak buat suara macam ni...ramai yang kagum dengan kebolehan beliau...ekekeke


Antara orang-orang lama yang berbakat dan sudi bersama dengan kami di dalam segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ini...

Monday, November 19, 2012

Majlis Perkahwinan Mohd Mussa Di Kg Tanah Merah Jaya, Tangga Batu, Melaka


Abang jaga ni memang berbakat...patut le suaranya best sebab beliau selalu masuk pertandingan nyanyian...korang ada? hehehe


Video ni kitorang rakam sebab kitorang memang layan tengok mamat ni time dia nyanyi...penuh gaya dan selambe je orangnya...hahaha...layannnn


Inilah wajah mak andam yang turut serta memeriahkan segmen karaoke kami...dah banyak kali kitorang suruh dia nyanyi tapi dia asyik mengelak je...last-last dia pun terjebak sekali...ekekeke


Thursday, November 15, 2012

Majlis Perkahwinan Suraya & Fairuz Di Taman Seri Rambai, Sungai Rambai, Melaka



Untuk segmen karaoke kitorang pada majlis perkahwinan kali ni artis perempuan lebih ramai dari artis lelaki...satu kejayaan untuk golongan wanita...hahaha...kipidappp yo!!

Wednesday, November 14, 2012

Segmen Karaoke Sepanjang Majlis Perkahwinan Di Kesang Laut, Muar, Johor



Antara wajah-wajah yang menghiasi segmen karaoke kami pada kali ini...kalau korang berani mai la join kitorang...hehehe... :)

Tuesday, November 13, 2012

Majlis Perkahwinan Siti Suzylah & Ahmad Hilmi Di Air Hitam, Muar, Johor


 

Inilah tetamu "istimewa" yang turut memeriahkan segmen karaoke kami...cuba korang perhatikan muka kedua-dua abang ni...sama kan?? Mungkin tak perasan coz video yang kat atas tu dirakam agak jauh...Sebenarnya mereka berdua ni adalah pasangan kembar seiras...kitorang pun dah lupa yang mana satu abang dan yang mana satu adik...hehehe...cekidottt

Wednesday, November 7, 2012

Penampilan Khas Misha Omar Di Majlis Perkahwinan Saudara Beliau Di Dewan MIS, Tengkera, Melaka


 

Ok guys...untuk post kali ini kitorg upload 2 video khas persembahan Misha Omar yang secara kebetulan hadir di majlis perkahwinan saudara beliau ini...video di atas memaparkan persembahan duet di antara Misha Omar bersama salah seorang sepupunya semasa segmen karaoke kami...

 

Yang ini pula video persembahan khas secara solo oleh Misha Omar yang sudi memenuhi permintaan para peminat beliau yang hadir...memang kitorang respect sikap beliau yang peramah dan sentiasa melayan kerenah peminat beliau...cayalah Misha Omar!!

 

Korang mesti tertanya-tanya siapakah pula yang sedang menyanyi ni kan? Sebenarnya video ni kitorang saja je upload coz video ini merupakan video yang terakhir kitorang rakam sebelum kitorang menutup tirai tugasan pada majlis kali ini...

Friday, November 2, 2012

Persembahan Artis Kanak-Kanak Di Majlis Perkahwinan Masazween & Mohd Asyraff, Rumah Awam Bertam Hulu, Melaka




Untuk post kali ini kitorg nak paparkan video persembahan karaoke oleh 2 artis kanak-kanak yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis perkahwinan Masazween & Mohd Asyraff...jom kita saksikan persembahan mereka berdua...kipidap yo...hehehe