BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, February 28, 2013

Aksi Peserta Delegasi Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa di Homestay Parit Penghulu, Sg Rambai, Melaka


Tergelak aku bila tengok video ni yang memaparkan aksi GANGNAM STYLE oleh salah seorang peserta delegasi dari Korea (lupa pulak nama dia)...dah memang lagu ni dari negara asalnya so tengok jelah sendiri aksi beliau...check it out yo...hehehe


Inilah aksi peserta dari luar negara (Marie-Kanada) yang telah menghiburkan semua hadirin dengan mendendangkan lagu dari Siti Nurhaliza...cun woo awek mat saleh ni...jom kita saksikan bakat mereka...dah nama pun peserta pidato Bahasa Melayu Antarabangsa...so memang tak dengar sangat pelat Inggerisnya...zasssssss

Wednesday, February 6, 2013

Majlis Perkahwinan Mohd Shahir & Aimi Mastura di Kg Parit Jarum, Bukit Gambir, Muar, Johor


Berikut antara aksi dari salah seorang tetamu di dalam segmen karaoke bersama kami ketika bersiaran di Kg Parit Jarum, Bukit Gambir, Muar, Johor...jom kita lihat klon Alleycats ni...kipidappp...hehehe

Friday, November 23, 2012

Majlis Perkahwinan Siti Musfirah Di Tangga Batu Pekan, Tanjung Kling, Melaka


Inilah tetamu khas yang diminta oleh tuan rumah untuk menghiburkan para tetamu yang hadir...abang ni sering dijemput untuk menyanyi di majlis-majlis perkahwinan di sini...bila beliau dah dapat cordless jenuh pulak kitorang nak cari dia...hehehe...


Ini pula wajah anak saudara kepada pengantin perempuan...beliau pun turut menceriakan segmen karaoke dengan lagu "Gadis Dan Bunga"...pantang diajak menyanyi mesti dia nak punye...hahaha 

 

Hehehe...yang ni pula namanya Linda...salah seorang kakak kepada pengantin perempuan...sebenarnya beliau minat menyanyi lagu berentak dangdut tapi kitorang tak sempat rakam...so lagu ni pun jadilah...hikhikhik

Wednesday, November 21, 2012

Majlis Perkahwinan Di Rumah En. Ilyas, Kg Gelugor, Sungai Mati, Muar, Johor


Agak2 korang yang tengah menyanyi ni lelaki ke perempuan? Hehehe...sebenarnya abang yang menyanyi adalah lelaki sejati (jangan salah anggap pula)...tapi dia boleh ubah suara kepada suara perempuan...katanya cukup lama dia training nak buat suara macam ni...ramai yang kagum dengan kebolehan beliau...ekekeke


Antara orang-orang lama yang berbakat dan sudi bersama dengan kami di dalam segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ini...

Monday, November 19, 2012

Majlis Perkahwinan Mohd Mussa Di Kg Tanah Merah Jaya, Tangga Batu, Melaka


Abang jaga ni memang berbakat...patut le suaranya best sebab beliau selalu masuk pertandingan nyanyian...korang ada? hehehe


Video ni kitorang rakam sebab kitorang memang layan tengok mamat ni time dia nyanyi...penuh gaya dan selambe je orangnya...hahaha...layannnn


Inilah wajah mak andam yang turut serta memeriahkan segmen karaoke kami...dah banyak kali kitorang suruh dia nyanyi tapi dia asyik mengelak je...last-last dia pun terjebak sekali...ekekeke


Thursday, November 15, 2012

Majlis Perkahwinan Suraya & Fairuz Di Taman Seri Rambai, Sungai Rambai, Melaka



Untuk segmen karaoke kitorang pada majlis perkahwinan kali ni artis perempuan lebih ramai dari artis lelaki...satu kejayaan untuk golongan wanita...hahaha...kipidappp yo!!

Wednesday, November 14, 2012

Segmen Karaoke Sepanjang Majlis Perkahwinan Di Kesang Laut, Muar, Johor



Antara wajah-wajah yang menghiasi segmen karaoke kami pada kali ini...kalau korang berani mai la join kitorang...hehehe... :)

Tuesday, November 13, 2012

Majlis Perkahwinan Siti Suzylah & Ahmad Hilmi Di Air Hitam, Muar, Johor


 

Inilah tetamu "istimewa" yang turut memeriahkan segmen karaoke kami...cuba korang perhatikan muka kedua-dua abang ni...sama kan?? Mungkin tak perasan coz video yang kat atas tu dirakam agak jauh...Sebenarnya mereka berdua ni adalah pasangan kembar seiras...kitorang pun dah lupa yang mana satu abang dan yang mana satu adik...hehehe...cekidottt

Wednesday, November 7, 2012

Penampilan Khas Misha Omar Di Majlis Perkahwinan Saudara Beliau Di Dewan MIS, Tengkera, Melaka


 

Ok guys...untuk post kali ini kitorg upload 2 video khas persembahan Misha Omar yang secara kebetulan hadir di majlis perkahwinan saudara beliau ini...video di atas memaparkan persembahan duet di antara Misha Omar bersama salah seorang sepupunya semasa segmen karaoke kami...

 

Yang ini pula video persembahan khas secara solo oleh Misha Omar yang sudi memenuhi permintaan para peminat beliau yang hadir...memang kitorang respect sikap beliau yang peramah dan sentiasa melayan kerenah peminat beliau...cayalah Misha Omar!!

 

Korang mesti tertanya-tanya siapakah pula yang sedang menyanyi ni kan? Sebenarnya video ni kitorang saja je upload coz video ini merupakan video yang terakhir kitorang rakam sebelum kitorang menutup tirai tugasan pada majlis kali ini...

Friday, November 2, 2012

Persembahan Artis Kanak-Kanak Di Majlis Perkahwinan Masazween & Mohd Asyraff, Rumah Awam Bertam Hulu, Melaka




Untuk post kali ini kitorg nak paparkan video persembahan karaoke oleh 2 artis kanak-kanak yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis perkahwinan Masazween & Mohd Asyraff...jom kita saksikan persembahan mereka berdua...kipidap yo...hehehe

Thursday, October 25, 2012

Majlis Perkahwinan Murni / Fitri Di Pantai Belimbing, Durian Tunggal, Melaka


Haaa...inilah video yang saya tertunggu-tunggu...video yang memaparkan gelagat ayah pengantin (En. Raseat) yang sedang menghiburkan para tetamu dengan lagu "Perigi Biru"...


Yang ni pula merupakan "orang kuat" pengantin yang turut sama menghiburkan para tetamu di dalam segmen karaoke kami...layan dangdut le pulakkk...hehehe

 

Video yang terakhir ini memaparkan gelagat salah seorang ahli keluarga yang tengah layan lagu "Che Ainon Janda Muda"...hehehe...kali ni kita layan irama 60-an pulak ye...cekidotttt

Monday, October 22, 2012

Majlis Perkahwinan Zahari & Norkhafizah di Parit Besar Bagan, Batu Pahat, Johor




Haaa...berjumpa lagi kita di majlis kali ini...tempohari kat Semerah BP...dan kali ini di Parit Besar Bagan Mukim 2 BP pula...kalau function kat Semerah kitorang tak sempat rakam video karaoke tapi disini pula inilah hasilnya...so tengoklah video yang kitorang sempat rakam ni yek...smile always... :)

Tuesday, October 16, 2012

Majlis Makan Malam Fiberail Sdn Bhd di Mahkota Hotel, Melaka



 

Inilah wajah-wajah tetamu yang turut memeriahkan majlis makan malam pada kali ini...majlis yang diadakan bagi meraikan pelanggan dan kakitangan syarikat...layan juga kitorg kat sini coz ramai yang agak berbakat....pewwiiitttt....hehehe

Friday, October 12, 2012

Majlis Perkahwinan Radhiatul Akmar & Mohd Farid di Parit Bunga, Muar, Johor


Antara ahli keluarga pengantin yang paling ngetop...jom sama-sama kita saksikan bakat beliau...


Bro ni memang steadyy...nyanyi lagu sambil duduk je...siap tarik lagiii...cayalah lu bro...hehehe


Dan inilah wajah pasangan raja sehari kita pada majlis kali ni...Radhiatul Akmar & Mohd Farid tengah layan lagu "Pandang Pandang Jeling Jeling"...cekidottt...

Thursday, October 11, 2012

Majlis Perkahwinan Azimah & Hasnol Di Parit Sakai Darat, Muar, Johor



 

Antara koleksi video yang sempat dirakam pada majlis perkahwinan kali ini...semoga terhibur...cekidottt


Wednesday, October 10, 2012

Majlis Perkahwinan Di Rumah Abang Daud, Taman MU, Merlimau, Melaka


 Hahaha...inilah member kamcing aku time pi Jakarta beberapa tahun yang lepas...tak sangka beliau mempunyai bakat yang terpendam selama ini...


Menyanyi dengan gaya yang tersendiri...bro ni betul-betul menghayati lagu yang beliau nyanyikan...hahaha...layan je bro

Tuesday, October 9, 2012

Majlis Perkahwinan Di Kg Air Panas, Jasin, Melaka


 Antara mereka yang turut menghiasi segmen karaoke pada majlis kali ini...


Jom layan hindustan pulakk...steady bro...hehehe...layannn


Pasangan pengantin pun turut sama memeriahkan segmen karaoke kami...cekidottt


Monday, October 8, 2012

Majlis Perkahwinan Elia Farana & Mohd Hisham di Taman Payamas, Tangkak, Johor


Pengantin pun kena menari bersama-sama dengan geng adik-adik zapin...


Inilah tarian zapin yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Johor...agak-agak sesiapa yang nak tengok klik je kat video di atas...tak kena bayar pun...hehehe

 

Dalam post kali ni cuma satu je video karaoke yang diupload di kalangan tetamu yang hadir...yang lain maybe next time k...

Wednesday, September 12, 2012

Majlis Perkahwinan Mohd Hazwan & Hanna Di Merlimau Pantai, Merlimau, Melaka




Antara mereka yang paling berbakat semasa segmen karaoke di majlis perkahwinan kali ini. Jom kita saksikan "pertembungan" diantara adik Fikri & abg Jamil...cekidoottt


Tuesday, September 4, 2012

Majlis Perkahwinan Mohd Shakif & Nor Faizah di Taman Ria, Jalan Salleh, Muar, Johor

 


 

 Antara wajah-wajah mereka yang turut menghiasi segmen karaoke pada majlis perkahwinan di antara Mohd Shakif & Nor Faizah...."Tahniah dan Selamat Pengantin Baru"...


Wednesday, July 11, 2012

Majlis Resepsi Pernikahan Tengku Aminuddin Di Ar-Rawsha "Castle", Kg Pandan, KL




Pada function kali ini agak ramai tetamu di kalangan rakan-rakan pengantin lelaki yang berbakat...namun hanya 3 video sahaja yang dapat diupload untuk tatapan anda...jom kita saksikan persembahan mereka...

Tuesday, July 10, 2012

Majlis Perkahwinan Nor Hidayah & Khabier Di Masjid Tanah, Melaka


Jom tengok aksi pakcik ni yang bersemangat menghiburkan para hadirin dengan persembahan dan gelagat beliau ketika segmen karaoke kami...kipidappp


Aksi salah seorang wakil keluarga dari pihak "sebelah" yang turut sama di dalam segmen karaoke...jom layan irama balada...


Haaa...inilah persembahan oleh "artis" yang diimport khas dari Sabah...aku paling suka layan akak ni coz dia memang sporting sangat-sangat...hehehe

Thursday, June 28, 2012

Majlis Perkahwinan Nuraliza & Hidzer Di Felda Jelai (3), Gemas, Negeri Sembilan


Bila orang lama dah start menyanyi...memang layan kitorang time tu...pakcik ni memang steady...beliau orang pertama yang rasmikan segmen karaoke kitorg pada waktu tu...cekidottt...


Cuba tengok aksi abang ni...memang relaks time dia nyanyi...dengan selamba menyanyi sambil duduk...bila suruh berdiri dia kata segan orang tengok...hahaha...asal layan sudah... :)


Inilah aksi pasangan pengantin kita pada kali ini...aku suka tengok pengantin lelaki time dia nyanyi macam dah tak larat lagi...papepun yang penting korang enjoy dan sporting...steady yooo....hehehe

Wednesday, June 27, 2012

Majlis Perkahwinan Afifuddin / Razkezah Di Pagoh, Muar



Inilah bakat-bakat karaoke yang dipamerkan di kalangan hadirin yang sempat kami rakam pada majlis perkahwinan kali ini....memang syok....walaweiii

Tuesday, June 26, 2012

Majlis Perkahwinan Asyraff & Atiliyah di Kg Tersusun Lipat Kajang, Jasin, Melaka


Aksi DJ Along ketika bertugas pada majlis perkahwinan kali ini sementara rakan yang lain bertugas di tempat lain...


Aksi Abang Idrus semasa segmen karaoke...beliau adalah tetamu yang pertama merasmikan segmen karaoke kali ini...cayalahhh...hehehe


Pasangan pengantin "lama" turut serta memeriahkan segmen karaoke...tapi kenapa yang lelaki tak nak nyanyi bersama-sama? Hehehe...segan kottt...