BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday, September 29, 2011

Majlis Glamour Raya Mushtari 2011


Pembukaan majlis diserikan dengan tarian oleh para penari dari Kumpulan Tirai Tari, Melaka.


DJ Ess bersama salah satu pasangan yang menyertai pertandingan karaoke...dan kali ini menampilkan ZAKAT (lelaki) + FITRAH (perempuan) = ZAKAT FITRAH...hehehehe


DJ Ess bersama salah seorang pemenang pertandingan karaoke...tapi anugerah yang dimenanginya agak pelik iaitu ANUGERAH BINTANG KE LAUT...hahaha...kira ok le tu bang sebab kalau takde kategori ni memang abang ni takde peluang nak menang...i'm salute you bro...


Inilah wajah salah seorang pemenang karaoke pada malam ini...peserta terakhir yang membuat persembahan namun memenangi tempat ke-2 Anugerah Bintang Karaoke Glamour Raya Mushtari 2011.

Friday, September 23, 2011

Majlis Perkahwinan Iqbal & Akma 17/09/2011


Aksi DJ Along ketika persembahan silat di hadapan pengantin. Boleh bergurau lak dia...


Setelah ujibakat diadakan pada sebelah malam...inilah penyanyi yang menjadi pilihan pada majlis perkahwinan kali ini. Amacam dia nyanyi? AFUNDI MAN1...hehehe


 Setelah disuruh menyanyi 3 buah lagu ingatkan dah penat...rupanya pengantin perempuan nak minta nyanyi lagi...dan kali ini lagu terakhir "Baldu Biru" menjadi pilihan beliau...steady ar...

Friday, September 16, 2011

Kenangan ber"DJ" di Taman Harmoni, Merlimau, Melaka


Adakah pasangan ini sedang bercinta? Biarlah anda sendiri yang tentukan...namun nyanyian mereka berdua mendapat pujian dari semua orang.


Yang ni pula apa kes? Mereka ni sebenarnya customer tetap kitorang tapi yang kitorang musykil...siapa sebenarnya yang nak nyanyi niii? Hahaha...sukehati koranglah yang penting korang sumer happy...tak gitu?

Thursday, September 15, 2011

Siapa Yang Lebih Baik? Undian Di Tangan Anda...


Sunday, September 11, 2011

Malaysia IT Fair, MITC, Ayer Keroh, Melaka


Aksi-aksi model semasa "Malaysia IT Fair" di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 09-11/09/2011..DJ Along bersama rakan-rakan bekerjasama dengan DJ Jacky sepanjang karnival ini berlangsung...thanks to DJ Jacky Kwong di atas kesudian untuk bekerjasama dengan kami...(Maaf coz audio kurang memuaskan kerana dirakam menggunakan hp murah)

Tuesday, May 17, 2011

Awek Zapin Menari & Menyanyi



Awek-awek zapin ni memang sporting bila disuruh menari dan menyanyi....mereka inilah yang memulakan segmen karaoke kitorang....thanks kepada geng2 zapin yang turut memeriahkan majlis ini....

Interview dengan Taukeh "Air"


Pernahkah anda minum air Nescafe Susu + Soda? Hehehe...dah banyak function kerja kahwin di sekitar Johor yang kitorang pernah hadir tapi inilah first time kitorang minum air ni. Terhad di kawasan tertentu sahaja.

Tuesday, May 3, 2011

Tarian Poco-Poco


Video ini dirakam sebagai acara penutup di majlis perkahwinan atas permintaan saudara mara tuan rumah...so sama-samalah kita saksikan kerenah mereka ini...

Friday, April 1, 2011


Kami menyediakan perkhidmatan DJ Karaoke Sound System untuk Majlis Perkahwinan, Majlis Keraian, Majlis Rasmi, Sukaneka, Karnival serta pelbagai program dengan harga yang sangat berpatutan.

Kaedah pemilihan lagu menggunakan sistem komputer memudahkan kami dalam menyediakan perkhidmatan terbaik, cepat dan mudah dalam memastikan kepuasan anda menjadi keutamaan kami.

Pelbagai segmen kami sediakan khasnya dalam mengendalikan sesuatu Majlis Perkahwinan berdasarkan kehendak serta perbincangan antara pihak kami dengan anda. Antaranya :

a) Segmen Ucapan & Permintaan Lagu
b) Segmen Teka Teki
c) Segmen Karaoke
d) Segmen Secebis Kata Secoret Nukilan

Dengarkan celoteh dan keramahan DJ kami yang sentiasa bersedia untuk "turun padang" bagi bertemu dengan tetamu-tetamu jemputan anda.

Joget Lambak 60-an...Ada Ke?


Aksi DJ Ess yang sedang melayan kerenah budak-budak muda...diorang begitu asyik layan lagu 60-an sampai jadi macam joget lambak...biarkan diorang dengan aksi lambak diorang...yang paling penting tuan rumah bagi lampu hijau...

DJ Ess Melayan Kerenah Budak-Budak


Suka betul hati budak-budak ni dapat menyanyi....bapa budak pun sibuk nak nyanyi sama...ini sebenarnya taktik nak suruh budak-budak ni semua bersurai sebab diorang semua ramai-ramai lepak kat tempat DJ...hehehe...ni namanya taktik halus yang tersirat...

Sajak Cinta Buat Raja Sehari


Sajak cinta ini ditujukan khas kepada kedua pasangan raja sehari...semoga anda terhibur..."Kepuasan Anda Keutamaan Kami"

Aksi DJ Ess Lagi....


Macam merpati dua sejoli bila DJ Ess menyanyi bersama pembantu rumah Cikgu Mekah....nasib baik Cikgu Mekah sporting....hehehehe

Bila Orang Lama Menyanyi....


Macam kenal je ni....tapi di mana ye? Pakcik ini sedang menghayati sepenuhnya bait-bait kata lagu ini....So apa kata jom kita sama-sama dengarkan betapa lunaknya suara pakcik ni....

Ni semua DJ Ess punya hal


Amboi mak...berjoget sakan pakcik ngan makcik kita ni...mula-mula segan tapi bila DJ Ess dah mulakan semuanya tak nak berhenti joget....apa kata jom kita lihat...

Aksi dan keletah DJ Ess


DJ Ess sedang beraksi...bersama-sama dengan sanak saudara pengantin perempuan menjaga tol...tol mana tu ek?

Thursday, November 11, 2010

Karnival Keusahawanan Peringkat Daerah Jasin 2010


Video yang memaparkan suasana di sekitar Karnival Keusahawanan Peringkat Daerah Jasin 2010 sebelum program bermula....thanks to Azrul yang banyak membantu ketika semua staff kami bertugas di tempat lain.

Friday, November 5, 2010


Suara adik ni memang sesuai untuk nyanyi lagu ni....ianya merupakan lagu favourite rakan setugas kami....namun telah dinyanyikan dalam dwibahasa...bahasa apa ek? Jom kita tengok...