BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, May 16, 2012

Segmen Karaoke Di Majlis Perkahwinan Ujong Pasir, Melaka




Antara aksi yang sempat dirakam sewaktu segmen karaoke yang turut menarik minat para tetamu yang hadir dalam mempamerkan bakat masing-masing...huhuhu

Tuesday, May 15, 2012

Persembahan "Maulid Diba'ei" Untuk Majlis Perkahwinan



Video yang memaparkan persembahan "Maulid Diba'ei" yang sempat dirakam sepanjang majlis perkahwinan di sekitar negeri Melaka dan diupload untuk tatapan semua...

Monday, April 23, 2012

Majlis Perkahwinan En Ameer & Pn Rozita Di Bukit Gambir, Muar


Suasana sepanjang sesi cabutan nombor bertuah yang menawarkan 100 hadiah kepada tetamu yang hadir dimana hadiah utama berupa TV 29'...thanks to Abg Roy yang sudi kendalikan sesi cabutan nombor bertuah...dah macam karnival le pulak...bessttt


Inilah aksi Adik Shazanna yang menjadi johan untuk pertandingan karaoke yang diadakan sebelum sesi cabutan nombor bertuah...


Antara aksi-aksi yang dipamerkan oleh para peserta pertandingan karaoke yang sempat kami rakam...steady bang

Friday, April 13, 2012

Abang VS Adik...Sape Menang Ek?



Si abang menyanyi dengan penuh perasaan dan bersemangat waja....manakala adiknya menyanyi dengan selamba sambil cekak pinggang....hahaha....papepun korang memang sporting....steaddyyy

Thursday, April 12, 2012

Majlis Perkahwinan Hanafy Di Kg Parit Gantong, Sungai Rambai, Melaka



Inilah suasana pada sebelah malamnya yang menampilkan bakat-bakat terpendam di Kg Parit Gantong....hehehe....ada bran?

Wednesday, April 11, 2012

Siapa Yang Menjadi Pilihan Anda? Jom AFUNDI...Hehehe




Antara koleksi video dalam segmen karaoke sepanjang majlis perkahwinan yang masih belum diupload atas permintaan ramai....jom AFUNDI....hehehe

Tuesday, April 10, 2012

Majlis Perkahwinan Di Rumah En. Sulaiman, Kg Pulau Kelapa, Peringgit, Melaka


Ni le first time kitorg jumpa lagu hindustan dijadikan lagu untuk poco-poco....hebat betul le korang ni....hahaha....layannnn


Video ni memaparkan persembahan "klon" Anuar Zain yang kitorg jumpa kat majlis perkahwinan kali ni....sejibik weiii....terbaekkk

Friday, April 6, 2012

Majlis Perkahwinan Di Rumah Pn. Faridah, Taman RKSK, Bukit Katil, Melaka


Abang andam pun turut sama memeriahkan segmen karaoke dengan gaya beliau yang penuh penghayatan...steady bang...


Salah seorang pasangan pengantin yang awal-awal dah siap tukar baju...standby nak basuh periuk ye bang? hehehe...


Inilah wajah pasangan duet di antara ibu dan anak..."mak borek anak rintik"...boleh gitu? ekekeke

Thursday, April 5, 2012

Majlis Perkahwinan Heris & Ita Di Permas Jaya, Masai, Johor




Seperti yang dijanjikan...inilah antara bakat-bakat yang turut sama memeriahkan segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ini...peewwiiittt

Friday, March 30, 2012

Majlis Makan Malam SONY Di Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka



Antara peserta yang turut sama mempamerkan bakat-bakat mereka di dalam segmen "karaoke" sepanjang majlis makan malam anjuran syarikat SONY...terbaekkk...

Thursday, March 29, 2012

Majlis Perkahwinan Hafiza Di Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar


Bro ni kata dia dah lama tak "karok" tapi aku dengar boleh tahan gak...terkucil tu perkara biasa la bro...just suka-suka...hehehe

Program Karaoke Santai Di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka



Antara video yang sempat dirakam memaparkan aksi dan gelagat para peserta yang mengambil bahagian di dalam "Program Karaoke Santai" di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Wednesday, March 28, 2012

Persembahan Malam Kebudayaan Di Dataran Rekreasi Sungai Rambai, Melaka


Permulaan acara diserikan dengan persembahan tarian popular dari Negeri Johor iaitu tarian zapin...


Haaa....yang ni mesti ramai tak tahu kan? Inilah Tarian Pahlawan Murut yang dipersembahkan oleh para penari dari Sabah....

Wednesday, March 14, 2012

Majlis Perkahwinan Di Taman RKSK, Bukit Katil, Melaka


Salah satu aksi Pn. Noni yang menjadi pilihan utama dalam segmen karaoke pada majlis perkahwinan kali ini


Segmen karaoke mendapat sambutan dari kalangan tetamu yang hadir...biasanya orang menyanyi dapat bunga tapi kali ni dapat pasu bunga...ekekeke


Antara aksi dari kalangan tetamu dan jiran tetangga yang turut sama menyertai acara "Tarian Poco-Poco" di akhir majlis.


Friday, March 9, 2012

Majlis Perkahwinan Azizi Baba di Kg Permatang Serai, Merlimau


Best pulak aku dengar abang ni nyanyi lagu yang dipopularkan oleh Rhoma Irama "Bergadang"...asyikkk...hehehe


Pengapit pun nak tunjukkan bakatnya yang terpendam...tunggu majlis ko pada 5/5/2012 ni nanti ye...kitorang akan suruh nyanyi puas-puas...


Ayah tengah sibuk menyanyi...anak pula sibuk gigit mic...jangan tertelan mic tu sudahlah...nasib baik mic tu takde karan...hahaha

Thursday, March 8, 2012

Majlis Perkahwinan di Kg Parit Perawas, Sungai Rambai



Antara tetamu yang turut menghiasi segmen karaoke...masing-masing cuba menunjukkan bakat mereka yang terpendam...

Wednesday, March 7, 2012

Adegan Yang Ingin Kita Lihat...Hahaha...


Sedih benau aku tengok abang ni nyanyi...siap kena nyakat ngan budak-budak kat situ...hehehe



Abang ni pulak menyanyi dengan penuh perasaan...tu yang tergerak tangan aku nak tangkap video ni...papepun thanks sebab korang sume memang sporting...

Monday, February 20, 2012

Suasana Di Majlis Perkahwinan Mastura, Kg Pulau Kelapa, Peringgit

 
Permintaan tuan rumah untuk membuat persembahan poco-poco di kalangan sanak saudara ketika Majlis Makan Beradap...hehehe...layannnn

 
Antara orang-orang lama yang turut serta memeriahkan segmen karaoke pada kali ini...jom layan lagu-lagu 60-an...
 
 
Antara bakat-bakat cilik yang mengambil bahagian dalam segmen karaoke...dia kasi hantam 3 lagu sekaligus...walaweiii

Wednesday, February 8, 2012

Layan Dangdut Di Majlis Perkahwinan Norazirah, Merlimau Pantai




Banyak-banyak video yang paling aku suka tengok time abang 2 orang ni nyanyi lagu "Di Kocok-Kocok"...memang sakit perut aku menahan ketawa...hahaha (ketawa guling-guling)...steady ar...korang memang sporting giler...

Tuesday, February 7, 2012

Majlis Perkahwinan Khairul / Azaria Di Kg Pulai Pantai, Merlimau




Antara video yang sempat dirakam sepanjang majlis perkahwinan Sdra Khairul Adnin...thanks kepada seluruh ahli keluarga dan sanak saudara beliau yang begitu sporting melayan kerenah kami... :)

Thursday, January 19, 2012

Program Gegau Kampung Melaka FM 2012, Sungai Rambai, Melaka



Antara mereka yang turut sama menghiasi segmen karaoke di akhir program pada kali ini...apa kata jom kita layannn

Siapakah Yang Lebih Berbakat? Undian Anda Penentu Segalanya...Hahaha



Undian anda akan menentukan siapakah yang bakal tersingkir dalam episod kali ini...hahaha...boleh gitu? Ekekeke...yang penting korang memang sporting...bessttt

Wednesday, January 18, 2012

Majlis Perkahwinan di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, Melaka


Antara bakat yang paling menyerlah dalam majlis kat sini...abang ni order 3 lagu sekaligus...dan telah terbukti suara abang ni memang best...jom layannn...walaweiii

Majlis Perkahwinan di Kampung Pulai, Merlimau 17/12/2011


Antara video yang memaparkan persembahan nyanyian secara duet di kalangan tetamu yang turut sama memeriahkan segmen karaoke kali ini....steady beb!


Persembahan nyanyian secara koir dikalangan adik-beradik dan saudara-mara pengantin...hahaha...best...best...
(p/s : Next time boleh nyanyi secara solo pulak k...yang ni cuma pemanas suara jek....ekekeke)

Saturday, January 14, 2012

Pelbagai Gelagat Di Majlis Perkahwinan Sdra Hanif, Sempang Pekan, Merlimau




Hahaha...inilah aksi-aksi dan gelagat yang sempat dirakam...yang paling menarik sebab tuan rumah, sanak saudara dan ahli keluarganya memang sporting sangat-sangat...hehehe
(*Nota : Sori jika audio dan gambar kurang jelas sebab video ini dirakam menggunakan handphone murah je)