BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, April 1, 2011


Kami menyediakan perkhidmatan DJ Karaoke Sound System untuk Majlis Perkahwinan, Majlis Keraian, Majlis Rasmi, Sukaneka, Karnival serta pelbagai program dengan harga yang sangat berpatutan.

Kaedah pemilihan lagu menggunakan sistem komputer memudahkan kami dalam menyediakan perkhidmatan terbaik, cepat dan mudah dalam memastikan kepuasan anda menjadi keutamaan kami.

Pelbagai segmen kami sediakan khasnya dalam mengendalikan sesuatu Majlis Perkahwinan berdasarkan kehendak serta perbincangan antara pihak kami dengan anda. Antaranya :

a) Segmen Ucapan & Permintaan Lagu
b) Segmen Teka Teki
c) Segmen Karaoke
d) Segmen Secebis Kata Secoret Nukilan

Dengarkan celoteh dan keramahan DJ kami yang sentiasa bersedia untuk "turun padang" bagi bertemu dengan tetamu-tetamu jemputan anda.

Joget Lambak 60-an...Ada Ke?


Aksi DJ Ess yang sedang melayan kerenah budak-budak muda...diorang begitu asyik layan lagu 60-an sampai jadi macam joget lambak...biarkan diorang dengan aksi lambak diorang...yang paling penting tuan rumah bagi lampu hijau...

DJ Ess Melayan Kerenah Budak-Budak


Suka betul hati budak-budak ni dapat menyanyi....bapa budak pun sibuk nak nyanyi sama...ini sebenarnya taktik nak suruh budak-budak ni semua bersurai sebab diorang semua ramai-ramai lepak kat tempat DJ...hehehe...ni namanya taktik halus yang tersirat...

Sajak Cinta Buat Raja Sehari


Sajak cinta ini ditujukan khas kepada kedua pasangan raja sehari...semoga anda terhibur..."Kepuasan Anda Keutamaan Kami"

Aksi DJ Ess Lagi....


Macam merpati dua sejoli bila DJ Ess menyanyi bersama pembantu rumah Cikgu Mekah....nasib baik Cikgu Mekah sporting....hehehehe

Bila Orang Lama Menyanyi....


Macam kenal je ni....tapi di mana ye? Pakcik ini sedang menghayati sepenuhnya bait-bait kata lagu ini....So apa kata jom kita sama-sama dengarkan betapa lunaknya suara pakcik ni....

Ni semua DJ Ess punya hal


Amboi mak...berjoget sakan pakcik ngan makcik kita ni...mula-mula segan tapi bila DJ Ess dah mulakan semuanya tak nak berhenti joget....apa kata jom kita lihat...

Aksi dan keletah DJ Ess


DJ Ess sedang beraksi...bersama-sama dengan sanak saudara pengantin perempuan menjaga tol...tol mana tu ek?